eh , takpe ke ni ?
'weyhh , jom lepak Star****'
'erh , bukan ke ada orang cakap benda tu haram . alaaa , lepak tempat lain lah'
'erh , yeke ? tapi benda tukan tak pasti lagi . ramai je orang melayu pergi sana aku tengok . tade menda kot , rilex sudah '
'kau yakin ke takde menda?aku tak yakin ahh. aku dah syak wasangka.'
'alaaa , habis nak lepak mana?'
'kita lepak kfc jelah , pon okeyyy jugakk'
--------------------------------------------------------------------
berbalik kepada post aku sebelum ni yang aku ada baca buku untuk kita pendosa and take note sikit pengisian buku by Hilal Asyraf tu , antara pengisian dia ;
"Dalam hidup ni terdapat dua perkara ; baik dan buruk . tidak mempunyai pertengahan . hanya ada dua perkara sahaja . Tengah-tengah itu ialah Syubhah ; perkara yang kita tidak tahu sama ada Allah benarkan ataupon tidak "
-------------------------------------------------------------------
nak dijadikan cerita jugak , ada satu hari tu aku dapat whatsapp dari seorang senior fakulti aku , mengatakan yang benda tu pon haram jugak , bila aku habis baca , aku terdetik , betul ke benda tu haram ? benda tu dah mendatangkan syubhah pada aku dan bila kita dah mula rasa sangsi , kita tak digalakkan berada di kawasan syubhah .
-------------------------------------------------------------------
seperti dalam buku UNTUK KITA PENDOSA ;
"di hadapan Allah tidak ada perkara yang dinamakan sebagai pertengahan . Di hadapan Allah , semuanya adalah halal atau haram . Sekiranya kita selalu berada di tengah , dan kita menyangka yang tengah itu adalah haram , ini bermakna kita bergelumang dalam perkara yang haram."
*** p/s : ini hanyalah sekadar perkongsian , aku boleh terima segala teguran ataupon pandangan kalian semua :)
No comments:
Post a Comment