menghantui hidup

1 SEPTEMBER 2013 
aku sah jadi budak Universiti Tun Hussein Onn 
dengan membawa harapan menggunung orang kampung
aku gagahkan jua kaki melangkah meneroka tempat baru
Parit Raja di Batu Pahat .

al kisahnya 
dah dua bulan aku dekat sini
macam macam ragam manusia
pelik , cabut wayar , unik , tersendiri
dekat KMNS , aku bergaul dengan rakan sebaya
paling TUA pon atas aku setahun
tapi dekat sini pelbagai bangsa , umur dan budaya

kau ingat senang aku nak adapt masuk dalam jiwa aku
first time masuk kelas , aku dapat kawan budak kelantan okey
aku tak faham sebutir apa pon dia cakap
cakap macam petir , laju gila
tapi sekarang boleh adapt itu semua

jauh beza kehidupan dekat sini dengan dekat matrik
kehidupan uni bebas nye lain macam
hati tak kuat , iman lemah
anytime kau hancur
bukan nak cakap aku hebat ke apa ,
tapi kalau kau salah pilih kawan ,
punah segalanya .

tadi , baru tadi , aku ada test
test MANAGEMENT OF TECHNOLOGY
kau ingat senang ? boleh goreng macam tu je ?
tak baca , tak dapat 
dah baca , dapat la kau goreng
bukan takat goreng , rebus , kukus semua boleh

cerita nya , lepas ni assignment , test , quiz , project
akan menghantui aku
mungkin saka aku selama ni lari
sebab hantu assignment ni semua lagi seram 
lagi seram okey !!

No comments:

Post a Comment